Wednesday, January 26, 2011

Asyik mencanang cerita hal orang lain, bila nak berhenti?

Kadang-kadang kita tak sedar kita ni banyak kata hal buruk pasal orang. Sana-sini kita canang hal orang. Sampai orang yang tak kenal orang tu pun ko nak umpat sekali. Astagfirullahalazim....bila la nak berubah....

Asal berjumpa dengan kawan-kawan je mengumpat, baik pagi baik petang baik siang baik malam.

Dulu waktu saya kat sekolah ustaz saya selalu mengingatkat kitaorang dengan ayat ni,

"Hai orang-orang yang beriman, janganla sesuatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, keran boleh jadi mereka yang diolok-olokkan lebih baik dari mereka yang memperolok-olokkan, dan jangan pula wanita-wanita memperolokkan-olokkan wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dipeolokkan-olokkan lebih baik daripada wanita yang memperolok-olokkan"

mengumpat= makan daging saudara sendiri. jadi sudah-sudahla makan daging k, tuka makan ayam kepsi ke, burger mcd ke, lagi sedap!

hihihi... :)

Sunday, January 9, 2011

Cara paling senang dan murah kurangkan lemak

Semalam time tengah lepak di MPH bookstore, saya ada terbaca sessuatu yang patut semua orang amalkan. hihi...

waktu tu saya tengah belek2 planner2 dan terjumpe planner islamic yang sangat bagus. dalamnya ada tertulis info2 dan petua-petua yang menarik.

dan yang paling menarik bagi saya mestila yang ada kaitan dengan buang2 lemak...hihihi...

ok2...dalam planner tu dia tulis macam ni,

Al-Quran telah mengajar kita menjaga kesihatan dengan melakukan amalan-amalan seperti berikut:

--> mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan LEMAK TERKUMPUL. kita boleh lihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakkannya tidak gemuk.



hihi...jadi pagi tadi saya pun mandi dan cuci baju seawal mungkin dengan harapan lemak dalam badan saya boleh berkurang. yela, ilmu tanpa amalan kan umpama pokok yang tidak berbuah...hihihi...jadi, sesiapa lagi yang nak kurangkan lemak, silalah mandi seawal mungkin. hihihi...di samping boleh kurangkan lemak, korang pun akan dapat pahala, sebab ikut sunnah-sunnah Rasulullah SAW..hihi...

Tuesday, January 4, 2011

Review Majlis Perkahwinan kawan-kawan

haiya...dah lama saya menyahaktifkan facebook saya...ternyata saya sememangnya seperti katak dibawah fakulti kerana banyak ketinggalan berita kawan-kawan..maaf ye kawan2...jadi saya nak abadikan gambar korang kawen (yang saya curi dari facebook korang) hihihi dalam post kali ini.


Selamat pengantin baru hadziah!


Selamat pengantin baru, nuraini!



ini kazen saya. Selamat pengantin baru, Ayong!



gjie pun dah kawen gak...Selamat pengantin baru, gjie!


hihi...tak larat dah saya nak curi gambar-gambar lagi...hihihihi...Semoga berbahagia hingga ke anak cucu ye wahai pengantin2 baru sekalian! :)