Wednesday, December 22, 2010

Tips menjimatkan masa (Part 1)

Banyaknye kerja akhir2 tahun macam ni. Masalah pun banyak. untuk menyiapkan semua kerja, kerja yang tertanggung, saya dengan rela hatinya telah menjalankan perintah berkurung kepada diri sendiri... :)

Perkara-perkara yang saya dah buat untuk menjimatkan masa saya adalah seperti berikut:

1. Deactivatekan facebook.
Biasanya, dalam satu hari sepanjang masa saya akan tengok facebook. tengok perkembangan terkini orang lain. hihi..bolehlah dikatakan saya ni berbakat jadi paparazzi, eh salah, jadi mamarazzi...hihihi...tapi saya terpaksa meninggalkan tabiat saya yang 'mulia' ini kerana komitmen saya untuk menyiapkan tesis. adui, mula-mula memang la rasa janggal, tapi lama-kelamaan saya jadi biasa. hihi. jimat masa saya berjam2.

2. Keluar dari bilik bila perlu sahaja.
Memandangkan sewaktu sesi meng'kuarantinkan' diri, penyelia tesis saya bercuti. jadi saya tidak keluar dari bilik. Fokus buat kerja. kalau hendak makan, beli sahaja di cafe (3 minit je dari bilik), makan je apa yang ada. jangan susah2kan diri anda. kalau kawan ajak keluar, pandai2la bagi alasan yang tidak mengecilkan hati kawan.

3. Tulis senarai perkara yang perlu dibuat


Ala, kawan saya dah sampai...nanti la saya sambung post ni....tataaa... :)

Cara simpan shawl

Saya memang suka pakai shawl. Kawan sebilik saya la yang paksa saya beli shawl dari dia. Saya pun terpaksala pakai. hihihhi. Tiap kali datang stok baru, mesti saya ada beli. Aduyai...bukan apa, sebab dia jual murah (pandai dia goda saya dengan jualan murah). Kalau beli kat tempat lain kat sarawak ni mesti berbelas-belas ringgit. Tapi kalau beli dengan kawan saya ni, paling mahal pun RM10 je! MURAHKAN??? :D



ni la gambar saya ketika memakai tudung biasa dan ketika menggunakan shawl. hihi..ok tak..?


Apabila saya dah ada banyak shawl, saya tak tau mana nak sumbat semua shawl-shawl saya. Sebab almari saya dan penuh. Saya bukanla orang yang rajin nak lipat baju, nak lipat sluar, lipat shawl pun saya malas jugak. Saya sanggup beli hanger banyak-banyak, asalkan saya tak payah lipat baju..Bijakkan? :))

Last-last, saya dah ada penyelesaian untuk masalah saya yang tak seberapa ni. kawan saya, hadiahkan ini untuk saya...TADAAAAAAAAAAA...!




Penyangkut shawl...hihi...walaupun macam orang jual shawl kat kedai, tapi saya tak kisah, asalkan saya tak perlu lipat shawl lagi. gantung je, bila nak pilih yang mana untuk dipakai pun senang..hihi...tengkiu, Nisa! :)

Skrin komputer riba retak





Inilah hasil kerja saya (saya rasa la) , yang penyebabnya juga tidak saya ketahui. Kadang-kadang kalau ada yang tengok komputer riba saya ini, reaksi mereka adalah seperti berikut:

"iema, ape ni? mcm lumut la..." (lumt la sangatttt...hihihi)

"iema, mcmane ko jg laptop ni..?" (memang aku tak pernah jaga la, laptop saya pandai jaga diri sendiri)

"hmm, pompuan...jg benda lain pandai, bl part jg laptop ke, komputer ke, xpandai!" (pasti semua perempuan marahkan kau lepas ni!)

"iema, daripada ko baiki lebih baik ko beli laptop baru" (daripada aku baiki, bagus aku biar je...langsung tak keluar duit sesen pun! hihihi)

"Waah, ini skrin protector ke? " (pergi la check mata cepat2 oiii!)


Sampai sekarang komputer riba saya tak dibaiki lagi...bukan apa, kalau tengah buat research macam saya, laptop dan diri saya memang tidak dapat dipisahkan, macam belangkas! wakakakaka.. :D