Friday, June 22, 2012

Irma Hasmie & SMILE

Assalamualaikum. Lepas subuh pagi tadi, check FB jap. Tertengok page Irma Hasmie. Memang ada sesuatu yang istimewa mengenai artis ini. Ya, memang beliau cantik. Yang mencantikkan beliau lagi ialah PERUBAHAN yang telah direalisasikan olehnya. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah maha besar dan maha pemberi petunjuk. Semoga lebih banyak artis lain yang akan mengikut jejak langkah beliau. Ameenn.. :))))

Selain daripada perubahan yang telah membuka mata saya, satu lagi perkara menarik ialah beliau telah melancarkan buku hasil tulisan beliau dan rakannya bertajuk SMILE! Malangnya sekarang saya berada di kawasan yang agak terpencil, diharap pihak Irma Hasmie dapat mempercepatkan pembelian buku ini secara online. Mungkin juga minggu depan saya akan ke Kuching untuk mendapatkan buku ini. Tiada yang mustahil di dalam dunia ini, asalkan berusaha. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Sungguh tak sabar saya nak dapatkan buku tersebut.

"Buat biar sedikit, asalkan berjaya" sangat mempengaruhi saya. Semoga Irma Hasmie akan terus menulis, terus sukses, bahagia dan berjaya di dunia & akhirat. Ameeen.


Thursday, April 26, 2012

Majlis akad nikah

Salam.

Majlis ni berlaku selepas asar, di masjid berdekatan dengan rumah pengantin perempuan.


4.00 petang: bersiap & ambik air sembahyang siap2.

4.30 petang: solat asar berjemaah. Diimamkan oleh atok.

4.45 petang: rombongan bergerak ke masjid

5.00 petang: majlis berlangsung. Baca akad. Sarung cincin. Bersalam2an.

5.45 perang: gerak ke rumah pengantin perempuan. Makan laksam. Balik ke homestay.

Malam: buat bunge telur. Tips# rebuskan semua telur di dalam plastik supaya tidak ada telur yang pecah. Untuk merebus berulang2 kali, sila buangkan air rebusan telur yang terdahulu#

Gambar: sebelum p majlis. Peace!

Sekian.

Travel: Kuala Kedah

Salam.

Saya rasa saya amat bertuah. Nak tahu sebab ape? Sebabbbbbbbbb....


Dapat tiket free mai ke Kedah! Adik aku jeles sangat2. Hihi. Sori bro. Sape suruh xcakap ngan ami (uncle) nak pegi jugak.


Uncle aku yang nak kawin dengan baik hatinya telah mensponser semua tiket aku. Pastu dia sendiri lak ambik aku kat rumah untuk dibawa ke airport ( rumah aku 3 jam dr airport Kuching).


Lame dah aku tak travel sbenarnya. Sebab tu aku overexcited. Hihi. Seronok sangat. Walaupun kena bermalam kat airport, sanggup tak tido coz banyak sangat crite nak kongsi ngan atok, nenek n uncle2 semua. Super best.

Lupe nak ambik gambar. Asyik bercerite. Dari kuching ke kl, pukul 11.20. Dekat2 nak pukul 1 jugak la kami sampai.

Hepi tak muke aku kat bawah ni? Memang suke ambik gambo sendiri je. Sape suroh org lain xnak join sekaki. Ahaks! Hihi