Wednesday, December 22, 2010

Tips menjimatkan masa (Part 1)

Banyaknye kerja akhir2 tahun macam ni. Masalah pun banyak. untuk menyiapkan semua kerja, kerja yang tertanggung, saya dengan rela hatinya telah menjalankan perintah berkurung kepada diri sendiri... :)

Perkara-perkara yang saya dah buat untuk menjimatkan masa saya adalah seperti berikut:

1. Deactivatekan facebook.
Biasanya, dalam satu hari sepanjang masa saya akan tengok facebook. tengok perkembangan terkini orang lain. hihi..bolehlah dikatakan saya ni berbakat jadi paparazzi, eh salah, jadi mamarazzi...hihihi...tapi saya terpaksa meninggalkan tabiat saya yang 'mulia' ini kerana komitmen saya untuk menyiapkan tesis. adui, mula-mula memang la rasa janggal, tapi lama-kelamaan saya jadi biasa. hihi. jimat masa saya berjam2.

2. Keluar dari bilik bila perlu sahaja.
Memandangkan sewaktu sesi meng'kuarantinkan' diri, penyelia tesis saya bercuti. jadi saya tidak keluar dari bilik. Fokus buat kerja. kalau hendak makan, beli sahaja di cafe (3 minit je dari bilik), makan je apa yang ada. jangan susah2kan diri anda. kalau kawan ajak keluar, pandai2la bagi alasan yang tidak mengecilkan hati kawan.

3. Tulis senarai perkara yang perlu dibuat


Ala, kawan saya dah sampai...nanti la saya sambung post ni....tataaa... :)

Cara simpan shawl

Saya memang suka pakai shawl. Kawan sebilik saya la yang paksa saya beli shawl dari dia. Saya pun terpaksala pakai. hihihhi. Tiap kali datang stok baru, mesti saya ada beli. Aduyai...bukan apa, sebab dia jual murah (pandai dia goda saya dengan jualan murah). Kalau beli kat tempat lain kat sarawak ni mesti berbelas-belas ringgit. Tapi kalau beli dengan kawan saya ni, paling mahal pun RM10 je! MURAHKAN??? :D



ni la gambar saya ketika memakai tudung biasa dan ketika menggunakan shawl. hihi..ok tak..?


Apabila saya dah ada banyak shawl, saya tak tau mana nak sumbat semua shawl-shawl saya. Sebab almari saya dan penuh. Saya bukanla orang yang rajin nak lipat baju, nak lipat sluar, lipat shawl pun saya malas jugak. Saya sanggup beli hanger banyak-banyak, asalkan saya tak payah lipat baju..Bijakkan? :))

Last-last, saya dah ada penyelesaian untuk masalah saya yang tak seberapa ni. kawan saya, hadiahkan ini untuk saya...TADAAAAAAAAAAA...!




Penyangkut shawl...hihi...walaupun macam orang jual shawl kat kedai, tapi saya tak kisah, asalkan saya tak perlu lipat shawl lagi. gantung je, bila nak pilih yang mana untuk dipakai pun senang..hihi...tengkiu, Nisa! :)

Skrin komputer riba retak





Inilah hasil kerja saya (saya rasa la) , yang penyebabnya juga tidak saya ketahui. Kadang-kadang kalau ada yang tengok komputer riba saya ini, reaksi mereka adalah seperti berikut:

"iema, ape ni? mcm lumut la..." (lumt la sangatttt...hihihi)

"iema, mcmane ko jg laptop ni..?" (memang aku tak pernah jaga la, laptop saya pandai jaga diri sendiri)

"hmm, pompuan...jg benda lain pandai, bl part jg laptop ke, komputer ke, xpandai!" (pasti semua perempuan marahkan kau lepas ni!)

"iema, daripada ko baiki lebih baik ko beli laptop baru" (daripada aku baiki, bagus aku biar je...langsung tak keluar duit sesen pun! hihihi)

"Waah, ini skrin protector ke? " (pergi la check mata cepat2 oiii!)


Sampai sekarang komputer riba saya tak dibaiki lagi...bukan apa, kalau tengah buat research macam saya, laptop dan diri saya memang tidak dapat dipisahkan, macam belangkas! wakakakaka.. :D

Monday, October 18, 2010

Gedik Santai @ KLCC

Cast of Gedik Santai (from left): Nazrie, Ena, Asma, Iema, Aswad, Sue, Ct, Lan & Jura

Sunday, June 13, 2010

Abuya di eksklusif 1

i tengah duduk dalam bilik keseorangan di saat hujan sedang merintis-rintis di luar sana...chewah...bermadah pujangga pulak malam-malam ni. ada crita best yang i tengok tadi. Eksklusif 1 kat tv 1 (mesti korang fikir aku kolot kan, tgk tv1 channel org tua...ciss!). menarik diorang punya tajuk malam ni tadi "ajaran sesat abuya".

Abuya ni baru je meninggal bulan 5 lepas. tapi still ada lagi pengikut yang masih taasub and ikut ajaran2 sesat dia ni. hish..macam-macam kes yang ada di Malaysia ni rupanya.takut aku nak cakap lebih-lebih. kang ada pengikut-pengikut fanatik dia cari aku sampai ke lubang cacing. hehe..

part yang paling aku ingat, bila pengikut dia kata if abuya ni nak bukak perniagaan, dia tak payah pegi loan kat mana-mana, just malam tu dia akan duduk atas tikar sembahyang and merintih dengan tuhan, pastu seluk poket terus ada duit..hish, logik ke? tuhan tu maha adil la, mane ade orang boleh dapat duit macam tu aje, kita kenala usaha, baru dapat duit.

pastu cakap pulak yang abuya ni actually tak mati sebenarnya, dia akan bangkit semula. yang aku tahu (ilmu aku memang masih cetek), nabi Isa je yang tak mati akan bangkit semula time hari nak kiamat nanti untuk menentang dajal. hihi..sampai kubur abuya ni pun dijaga oleh jabatan agama and polis, takut berlaku pemujaan.

lagi satu, tsunami yang berlaku di acheh tu pun abuya yang mintak. coz dia xsuka pemimpin-pemimpin di indonesia asyik berbalah. so kiranya dia berdoa la, mintak diorang ni diberi pengajaran. hihi..boleh percaye ke semua ni. maybe dia ni kebetulan je tgh berdoa time tu kot, saje tuhan nak uji iman dia dan iman pengikut-pengikut dia.

i pun dah malas dah nak menaip. sekadar nak meluahkan pendapat saje, dan sebagai ingatan untuk diri sendiri. Berhentilah memuja manusia, kerana hanya tuhan sahaja yang berhak dipuja dan dipuji.

Sekian, wassalam~~~


Saturday, June 12, 2010

Bandung Trip

Me, my friends and my lecturers will visit Bandung, Indonesia soon! These are some facts that i got from wikitravel ab0ut Bandung:

  • the capital city of west java, 3rd largest city after Jakarta & Surabaya
  • well known for the universities (no wonder we'll visit Institut Teknologi Bandung and Universitas Nurtanio Bandung), apparel products (wow, tak sabar nak shopping!), and a great place for gastronomic adventure (opps..part ni I x suke, coz tgh diet...hihihihi)
  • located 768 m above sea level, so the climate in Bandung is cooler than other cities in Indonesia
  • the populations is around 3 millions! (wah, mcm crowded!)
ok, enough with the insufficient facts *chuckle*. btw, these are some interesting places that we shall go while in Bandung:
  • factory outlets (of coz, we'll enjoy bargain hunting!, opps, ade duit ke, cik Iema oi??) hihihi :P
  • Tangkuban Perahu (Wajib!)
macam tu je kot...hihi...tengokla nanti bile dah sampai kat sane...(nanti I upload banyak2 pics okkk) :P


Thursday, June 10, 2010

Problem ngan memory card camera?

Yesszzza...dapat jimat rm99 untuk membeli memory card baru untuk digital camera..hihi...besh2!

memory card aku nampak macam x rosak, tapi rosak. camne nak explain camne eh? ok, camni..segala gambar-gambar yang ada dalam memory card tu, sumanya tak dapat di transfer dalam laptop..tensen x? kalau ada Bluetooth ke, takpe la jugak!

tadi tergerak hati nak menggodek2 (ada ka word ni dlm bm?)memory card tu balik. tengok2 balik dia punya setting yang mungkin dah diganggu oleh makhluk2 halus dalam rumah ni kot...hish...

tak jumpa pun apa masalah....hihi...sangat tensen okkkk...by the time aku hampir2 give up, tiba-tiba aku terfikir...kalau pendrive kita boleh format, mestila memory card pun boleh kan? so, last resort, aku decide la nak format...tapi camner?

yeah...cari lagi camne....aku blom menyerah kalah...akhirnya, jumpa jugak setting untuk format! yes2!

Selamat tinggal gambar-gambar cantik aku dalam tu...video2 kolokium sume dihapuskan...babai sumenye...huhu...takpe, nanti aku bergambar banyak2 lagi....hihihi...