Wednesday, December 22, 2010

Tips menjimatkan masa (Part 1)

Banyaknye kerja akhir2 tahun macam ni. Masalah pun banyak. untuk menyiapkan semua kerja, kerja yang tertanggung, saya dengan rela hatinya telah menjalankan perintah berkurung kepada diri sendiri... :)

Perkara-perkara yang saya dah buat untuk menjimatkan masa saya adalah seperti berikut:

1. Deactivatekan facebook.
Biasanya, dalam satu hari sepanjang masa saya akan tengok facebook. tengok perkembangan terkini orang lain. hihi..bolehlah dikatakan saya ni berbakat jadi paparazzi, eh salah, jadi mamarazzi...hihihi...tapi saya terpaksa meninggalkan tabiat saya yang 'mulia' ini kerana komitmen saya untuk menyiapkan tesis. adui, mula-mula memang la rasa janggal, tapi lama-kelamaan saya jadi biasa. hihi. jimat masa saya berjam2.

2. Keluar dari bilik bila perlu sahaja.
Memandangkan sewaktu sesi meng'kuarantinkan' diri, penyelia tesis saya bercuti. jadi saya tidak keluar dari bilik. Fokus buat kerja. kalau hendak makan, beli sahaja di cafe (3 minit je dari bilik), makan je apa yang ada. jangan susah2kan diri anda. kalau kawan ajak keluar, pandai2la bagi alasan yang tidak mengecilkan hati kawan.

3. Tulis senarai perkara yang perlu dibuat


Ala, kawan saya dah sampai...nanti la saya sambung post ni....tataaa... :)

No comments:

Post a Comment