Wednesday, January 26, 2011

Asyik mencanang cerita hal orang lain, bila nak berhenti?

Kadang-kadang kita tak sedar kita ni banyak kata hal buruk pasal orang. Sana-sini kita canang hal orang. Sampai orang yang tak kenal orang tu pun ko nak umpat sekali. Astagfirullahalazim....bila la nak berubah....

Asal berjumpa dengan kawan-kawan je mengumpat, baik pagi baik petang baik siang baik malam.

Dulu waktu saya kat sekolah ustaz saya selalu mengingatkat kitaorang dengan ayat ni,

"Hai orang-orang yang beriman, janganla sesuatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, keran boleh jadi mereka yang diolok-olokkan lebih baik dari mereka yang memperolok-olokkan, dan jangan pula wanita-wanita memperolokkan-olokkan wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dipeolokkan-olokkan lebih baik daripada wanita yang memperolok-olokkan"

mengumpat= makan daging saudara sendiri. jadi sudah-sudahla makan daging k, tuka makan ayam kepsi ke, burger mcd ke, lagi sedap!

hihihi... :)

Sunday, January 9, 2011

Cara paling senang dan murah kurangkan lemak

Semalam time tengah lepak di MPH bookstore, saya ada terbaca sessuatu yang patut semua orang amalkan. hihi...

waktu tu saya tengah belek2 planner2 dan terjumpe planner islamic yang sangat bagus. dalamnya ada tertulis info2 dan petua-petua yang menarik.

dan yang paling menarik bagi saya mestila yang ada kaitan dengan buang2 lemak...hihihi...

ok2...dalam planner tu dia tulis macam ni,

Al-Quran telah mengajar kita menjaga kesihatan dengan melakukan amalan-amalan seperti berikut:

--> mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya satu jam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan LEMAK TERKUMPUL. kita boleh lihat orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakkannya tidak gemuk.



hihi...jadi pagi tadi saya pun mandi dan cuci baju seawal mungkin dengan harapan lemak dalam badan saya boleh berkurang. yela, ilmu tanpa amalan kan umpama pokok yang tidak berbuah...hihihi...jadi, sesiapa lagi yang nak kurangkan lemak, silalah mandi seawal mungkin. hihihi...di samping boleh kurangkan lemak, korang pun akan dapat pahala, sebab ikut sunnah-sunnah Rasulullah SAW..hihi...

Tuesday, January 4, 2011

Review Majlis Perkahwinan kawan-kawan

haiya...dah lama saya menyahaktifkan facebook saya...ternyata saya sememangnya seperti katak dibawah fakulti kerana banyak ketinggalan berita kawan-kawan..maaf ye kawan2...jadi saya nak abadikan gambar korang kawen (yang saya curi dari facebook korang) hihihi dalam post kali ini.


Selamat pengantin baru hadziah!


Selamat pengantin baru, nuraini!



ini kazen saya. Selamat pengantin baru, Ayong!



gjie pun dah kawen gak...Selamat pengantin baru, gjie!


hihi...tak larat dah saya nak curi gambar-gambar lagi...hihihihi...Semoga berbahagia hingga ke anak cucu ye wahai pengantin2 baru sekalian! :)

Aktiviti-aktiviti Januari 2011

orang bijak pandai ada kata macam ni,

Our goals can only be reached through a vehicle of a plan, in which we must fervently believe, and upon which we must vigorously act. There is no other route to success
( Stephen A. Brennan)

jadi, disebabkan saya juga nak jadi orang yang bijak dan orang yang pandai macam tu, saya pun ikutla nasihat dia. baru saya sedar aktivi di bulan januari saya bolehla dikatakan padat. oleh itu, sesiapa yang nak keluar atau jumpa dengan saya silalah "fikir dulu sebelum ajak"

baiklah, sekarang saya nak senaraikan aktiviti saya bagi bulan ini:-

4 Jan-balik ke kolej (dah berjaya dibuat dengan jayanya)
5 Jan-Siapkan online progress report (ini pun dah berjaya saya buat tau! :))
6 Jan-Hantar case study OVOP
7 Jan- harijadi adik gemok saya, Naim. (matila kalau dia baca, hihihi)
10 Jan- harijadi BFF saya, Ann.
11 Jan-perbaharui lesen memandu (hihi, lesen saya masih P ok..P= Pandai, hahahaha
12 Jan- Nak tunjuk draf tesis saya kat penyelia (Apuu...tak siap-siap benda ni)
15 & 16 Jan- ada reunion (hahahahaha )
17 Jan- Ambik kawan baik saya kat airport, dia nak register masuk pasca jugak (hihi, welcome to the club!)
19 Jan- Bertolak ke Bintulu
20 Jan- Pembentangan dapatan kajian saya di BDA (Bintulu Development Authority)
21 Jan- Bertolak ke Brunei Darussalam
22 Jan- Balik ke Unimas
31 Jan- bertolak ke KL


hihihi...ini cuma rangka je....penuh kan aktiviti saya...aduyai...saya nak sambung bekerja la...saya nak buat kerja untuk saya hantar esok pulak.

o, petang ni dah plan nak tengok wayang dengan kawan dan penyelia saya. saya nak buat kajian la dulu cerita apa yang seronok untuk dilayan petang ini...hihihi...sayonara!

Memulakan hidup baru di tahun baru :)

Wah..rindunya saya dengan UNIMAS ni selepas balik kampung selama satu minggu. ada banyak benda yang saya nak ubah dan buat untuk tahun baru ini. dan satu-satunya azam tahun lepas yang tidak kesampaian adalah untuk menguruskan badan (hahahaa, saya bukanla gemok sangat, tapi saya sangat tak boleh tahan bila ada orang kata saya dah membesar, ternyata saya memang seorang perempuan yang tipikal..hihi..)



Gambar hari pertama saya masuk ke fakulti untuk tahun ini :))


oh..hari ini saya mahu menyiapkan laporan kemajuan saya di atas talian...hihi..(in other words, "online progress report")


hihi...apa2pun...SELAMAT TAHUN BARU 2011 UNTUK ANDA SEMUA... :)

Sunday, January 2, 2011

Selamat Pengantin Baru, Syarafina!

Post kali ni saya tujukan khas buat tutor fakulti kitaorang yang melangsungkan perkahwinan pada 1 Jan 2011 ini (Whoa, pembukaan tahun baru yang best giler!)

hihi...maaf banyak2 ye Kak Fina, saya tak dapat hadir, sebab ada urusan yang tidak dapat dielakkan. hihihi...


inilah cik Sharon Syarafina (sekarang dah jadi Puan Sharon Syarafina)..Comelnye dia ni kan?

hihihi..ni pun comel gak!

ni la pasangan dia, Mr. Azlan.


huhuhuhu...sepatutnya gambar saya pun ada juga disini...hihihi...walauapa2pun gambar ni la paling saya suka...hihihi...


hihi...semua gambar diatas adalah dari belas ehsan cik Nisa dan hasil curian dari facebook PN Sharon Syarafina...hihihi...dan barakallahu lakUma wa baraka ala!kUma wa jama'a baina kUma fii khair! (Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu, dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan dan kepada kebaikan.:))